Kepada calon yang akan menghadiri Temuduga PTD, Jawatan SPA dan pelbagai jawatan kerajaan, boleh mendapatkan
Panduan Lulus Temuduga Kerja di :
http://www.kerja-kerajaan.com

  

Home » , » Jawatan kosong 2013 di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)

Jawatan kosong 2013 di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)

Written By Admin on Sunday, September 29, 2013 | 2:48 AM

Jawatan kosong 2013 di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)

           
 : Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia telah ditubuhkan pada 31 Ogos 1957, iaitu bersamaan dengan hari Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu pada ketika itu. Pada awalnya, semasa penjajahan Inggeris, Perkhidmatan Awam Negeri-Negeri Tanah Bersekutu Melayu ketika itu di bawah pentadbiran Inggeris. Kemerdekaan Tanah Melayu pada31Ogos 1957 dengan sendirinya membentuk pemerintahan baru Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka dan berdaulat. 




Jawatan kosong 2013 di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dengan ini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk memohon jawatan yang beriku

 1. Jururawat U29 (Calon bukan tajaan Kementerian Kesihatan)
Kekosongan : 2750

Tarikh tutup untuk permohonan baru adalah sebelum atau pada 13 Okt 2013 (Ahad) ,jam 11:59 malam.
Sila klik sini untuk maklumat lanjut.
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) mempelawa lulusan diploma Sains Kejururawatan daripada institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) mengisi 2,750 kekosongan jawatan Jururawat Gred U29.
Pengerusi SPA, Tan Sri Mahmood Adam berkata, kekosongan jawatan itu terbuka kepada calon bukan di bawah tajaan Kementerian Kesihatan.
“Calon yang berminat bolehlah mendaftar permohonan masing-masing menggunakan borang dalam talian melalui laman web SPA di www.spa.gov.my dan tarikh tutupnya pada 13 Oktober ini sebelum pukul 11.59 malam,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mahmood berkata, bagi permohonan yang memenuhi syarat kelayakan ditetapkan akan dipanggil menghadiri sesi temuduga.
Beliau berkata, SPA akan mengeluarkan surat tawaran lantikan kepada calon yang berjaya manakala penempatannya pula akan dihantar oleh Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Kesihatan.
“Calon yang berjaya akan ditempatkan di hospital atau klinik kerajaan di bawah Kementerian Kesihatan.
“Jururawat Gred U29 berpeluang untuk dinaikkan pangkat ke gred seterusnya tetapi tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan dalam Skim Perkhidmatan Jururawat,” katanya.

Sila klik sini untuk membuat permohonan secara online.
Klik sini untuk panduan kerjaya jururawat.

0 comments :

Post a Comment

Followers

Custom Search
Latest Jawatan Kosong direct to you email!!!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Protected by Copyscape Plagiarism Tool