Kepada calon yang akan menghadiri Temuduga PTD, Jawatan SPA dan pelbagai jawatan kerajaan, boleh mendapatkan
Panduan Lulus Temuduga Kerja di :
http://www.kerja-kerajaan.com

  

Home » , , , » Jawatan kosong 2013 di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Jawatan kosong 2013 di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Written By Admin on Thursday, September 26, 2013 | 7:19 PM


Jawatan kosong 2013 di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Jawatan Kosong 2013: Universiti Sains Islam Malaysia (singkatan: USIM; dahulu dikenali: Kolej Universiti Islam Malaysia, KUIM) merupakan salah sebuah institusi pendidikan tinggi awam di Malaysia.USIM merupakan sebuah Universiti Islam Malaysia yang pertama ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia di permulaan abad ke-21. Ia merupakan Institusi Pengajian Tinggi Awam yang ke-12 dinegara ini dan didaftarkan dengan nama Kolej Universiti Islam Malaysia. Di antara tujuan penubuhan USIM ialah memartabatkan pendidikan Islam serta membawanya ke dalam arus perdana pendidikan negara dan menekankan penggunaan teknologi maklumat dalam sistem pengajaran dan penyelidikannya. Penguasaan bahasa Arab dan Inggeris di samping bahasa kebangsaan juga menjadi tumpuan.

Jawatan kosong 2013 di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Pusat Pengurusan Penyelidikan USIM Universiti Sains Islam Malaysia mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

JAWATAN PEMBANTU PENGAWAS PEPERIKSAAN
TEMPOH DIPERLUKAN : 17 hingga 30 Oktober 2013

TARAF JAWATAN : SAMBILAN
Syarat-syarat pengambilan adalah seperti berikut :-
WARGANEGARA : MALAYSIA
AGAMA : ISLAM
UMUR : 18 – 28 TAHUN
KELULUSAN : SPM (Minimum dengan Kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia di peringkat yang sama)
Borang permohonan boleh didapati di :-
Pusat Tamhidi
Universiti Sains Islam Malaysia
Bandar Baru Nilai
71800 Nilai
Negeri Sembilan
Sila hantar borang permohonan anda ke alamat di atas sebelum atau pada 1 OKTOBER 2013
Nota:
  1. Pelajar/Pelajar lepasan USIM tidak dibenarkan memohon.
  2. Wanita yang sedang mengandung juga tidak dibenarkan memohon.
  3. Borang yang tidak lengkap tidak akan diproses.
  4. Hanya pemohon yang disenarai pendek akan dihubungi.
  5. Keutamaan diberikan kepada calon-calon yang tinggal berdekatan dengan Kampus Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai dan mempunyai kenderaan sendiri.
  6. Pemohon yang tidak menerima sebarang maklum balas selepas 9 Oktober 2013 adalah dianggap tidak berjaya.
  7. Bayaran elaun adalah sebanyak RM 49.37 bagi setiap hari bekerja.
  8. Makanan dan minuman disediakan.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi di talian : 06-798 7011 / 7020
Klik sini untuk sumber jawatan iklan jawatan kosong 2013 ini.

0 comments :

Post a Comment

Followers

Custom Search
Latest Jawatan Kosong direct to you email!!!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Protected by Copyscape Plagiarism Tool